SKIMSEL

Switch to desktop Register Login

MANDAT

SKIMSEL dipertanggungjawabkan untuk mengurangkan kemiskinan melalui pembangunan ekonomi dan sosial.

Skim yang ditawarkan:

Pembiayaan mikro

Penggalakkan simpanan tabungan

Pembangunan potensi manusia

 

Peminjam ( sadiq) yang terpilih akan diberi pembiayaan, latihan dan asuha agar mereka berjaya di dalam perniagaan dan segera mengeluarkan diri dan keluarga dari kitaran kemiskinan.
 

VISI

SKIMSEL mempunyai visi untuk menjadi sebuah institusi mikrokredit yang berwibawa yang dapat memberikan kesejahteraan kepada golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah di Negeri selangor.

MISI

Menjadi Institusi mikrokredit yang terunggul.

Mensasarkan impak pendapatan sekurang-kurangnya sekali ganda kepada golongan berpendapatan rendah selepas sekurang-kurangnya 4 kali menerima pembiayaan.

OBJEKTIF

Mengenalpasti golongan sasaran dari kalangan isirumah miskin untuk diberikan peluang meningkatkan kesejahteraan hidup berdasarkan kepada potensi kemahiran dan penngalaman sedia ada.

Mengaplikasikan prinsip mikrokredit iaitu pinjaman tanpa cagaran, tanpa penjamin mahupun tindakan undang-undang dan pembiayaan yang berterusan.

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di mana pendapatan kerajaan negeri disalurkan semula kepada rakyat terutama kepada isirumah miskin dan berpendapatan rendah.

 

Untuk mencapai objektif tersebut SKIMSEL menyediakan produk-produk berikut:

Pembiayaan Ekonomi

Pembiayaan Pelbagai

Pembiayaan Pendidikan

Simpanan Wajib

KELAYAKAN ASAS UNTUK MENYERTAI SKIMSEL

Pemohonan terdiri daripada isirumah yang berpendapatan kurang daripada RM1 500.00 sebulan atau perkapita RM350.00.

Pembiayaan tanpa cagaran, tanpa penjamin, tanpa mengira fahaman politik dan bebas daripada diambil tindakan undang-undang.