SKIMSEL

Switch to desktop Register Login

1.0 PENGENALAN
 Objektif utama penubuhan Yayasan Dar Al Qard Al Hasan (YDAQAHS) ialah untuk membantu  kerajaan mengurangkan masalah kemiskinan dan golongan berpendapatan rendah bagi  membiayai projek kecil-kecilan bagi meningkatkan pendapatan isirumah.

2.1  MAKLUMAT PEMBIAYAAN
2.2.1 Syarat-Syarat Asas Pembiayaan
i. Pembiayaan tanpa cagaran dan penjamin.
ii. Caj perkhidmatan 8% setahun.
iii. Bersetuju menabung ke dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM5.00 seminggu.
iv. Menghadiri mesyuarat nadi setiap minggu dan membayar balik pembiayaan secara mingguan.
v. Bersetuju membayar Takaful.
vi. Bersetuju menyumbang Deposit Pembiayaan (Sekuriti) selama tiga minggu bayar balik dari  pembiayaan ke dalam Tabung Kumpulan.

2.2 DEPOSIT PEMBIAYAAN (SEKURITI)
 Berperanan untuk membantu membanyakkan jumlah wang Tabung Kumpulan. Deposit ini juga  boleh membantu mengurangkan jumlah tunggakan yang berlaku pada Sadiq sendiri. Deposit  ini hanya dibenarkan untuk dikeluarkan sekiranya Sadiq keluar daripada YDAQAHS selepas  ditolak hutang-hutang yang ada yang belum diselesaikan. Jumlah Deposit ialah sebanyak  tiga minggu bayar balik daripada jumlah pembiayaan yang dipohon.

3.0 SYARAT KHAS PEMBIAYAAN BERMUSIM
3.1 Hanya untuk musim pada bulan Ramadan, perayaan dan yang berkaitan dengannya sekiranya  ditelitikan oleh cawangan sebagai munasabah dan berkaitan.
3.2 Bayaran Balik boleh mingguan atau sekaligus

4.0 SYARAT KHAS PEMBIAYAAN PELBAGAI
4.1 Skim pelbagai Layak diambil hanya selepas selesai pembayaran balik pembiayaan kali   pertama. Sekiranya Sadiq selesai bayar kali pertama dengan baik maka layak ambil   pembiayaan pelbagai.
4.2 Tujuan utama pembiayaan ini untuk membuat pelaburan bagi meningkatkan aset keluarga,   pelaburan yang dijamin kerajaan, menambah modal perniagaan dan aktiviti yang dibenarkan   oleh cawangan sesuai dengan cadangan yang dikemukakan

5.0  PAKEJ PERKHIDMATAN
5.1 Pembiayaan Modal
 Pembiayaan yang diberikan sebagai modal bagi menjana pendapatan keluarga
5.2 Simpanan
 Kutipan simpanan wajib setiap minggu disimpan dalam Tabung Kumpulan dan boleh  dikeluarkan apabila diperlukan
5.3 Sekuriti
 Setiap pembiayaan diinsurankan. Waris tidak menanggung bebanan hutang sekiranya berlaku  kematian kepada sadiq

6.0 TABUNG KUMPULAN
 Tabung Kumpulan diwujudkan untuk membentuk sikap suka menabung disamping menggalakkan  tabungan msa hadapan dikalangan sadiq. Setiap Sadiq diwajibkan menyimpan secara mingguan  sebanyak 5.00. Simpanan Tabung Kumpulan digunakan semasa kecemasan dan sebarang  keperluan dengan mendapat keizinan ahli kumpulan.