Published on Thursday, 17 February 2011 10:39 Hits: 2010
Fokus Skim Mikrokredit Selangor
Mensasarkan Golongan Miskin dan berpendapatan rendah khasnya di luar bandar.
Syarat-syarat Kelayakan
· Golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah khasnya di luar bandar.
· Berpendapatan di bawah RM 1,500.00 sebulan atau pendapatan perkapita di bawah RM 350.00.
· Memiliki aset tidak melebihi RM 50,000.00.
· Taraf Pemastautin melebihi 2 tahun.
· Warganegara Malaysia.
Syarat-syarat Pembiayaan
· Tanpa cagaran dan penjamin.
· Bersetuju membentuk kumpulan 5 orang ahli (tiada tali persaudaraan yang rapat) dan menjalani latihan wajib 3 hari.
· Bersetuju menubuhkan pusat.
· Menghadiri Mesyuarat Pusat setiap minggu.
· Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM 5.00 seminggu.
· Bersetuju menyumbangkan Deposit Sekuriti 3 Minggu bayar balik ke dalam Tabung Kumpulan.
· Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM 5.00 seminggu.
· Bayar balik secara mingguan.
· Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH).
· Caj pembiayaan 8% setahun.